Sunday, November 15, 2009

Final Semester 2009

Berakhir sudah semester kedua tahn 2009 ini bermakna telah satu semester aku menerajui Jabatan Seramik. Rasa suspen dan gementar pada awal mula dahulu sikit demi sikit beransur surut. Mungkin disebabkan sokongan rakan2 se jabatan serta teman2 sefakulti. Cuma pada ujung2 semester ni banyak la kerja2 pengurusan nak di siapkan sebelum bercuti.
10 dan 11 hb Nov 09 merupakan penentu kepada pelajar semester akhir 06. Assessment merupakan hari mengecutkan perut pada mereka semua. Pada halnya pada kami  adalah hari bernafas lega..hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan untuk melihat sejauh mana pelajar faham apa yg kami ajarkan sepanjang 3,4 bulan. Alhamdulillah pada semester ini kelihatannya pelajar mempersembahkan yg terbaik bagi mereka..walaupun ada juga kekurangannya namun aku merasa lega dengan respon pensyarah2. Semoga mereka tidak melupakan apa ilmu yang mereka dapati disini untuk dijadikan landasan di masa depan..












Thursday, November 5, 2009

Hari ini sangat memenatkan.Jam 9.00 pagi adalah waktu penilaian terakhir pelajar 05. Rutin kami sebagai pensyarah akan menilai hasil kerja pelajar setelah 14 minggu bertungkus lumus. Itu pun kalau ada yg benar2 bertungkus lumus.Namun melihat hasil pelajar rasanya belum layak nak disebut bertungkus lumus..Mungkin ada la  seorang dua saja ..Jam 11.00 pg tiba2 dipanggil meeting untuk mengesahkan spesifikasi dan lokasi perabut bengkel baru kami nanti. Adoi...apala meeting selama ni..dari jam 11pg sampai 4.30 ptg . No break! Bengkak kepala dok dlm aircond lama2. Pulang rumah tak larat nk angkat kaki rasanya. Kesian Alham dan Qiqi,,bermain2 dengan bibik aje.
Malam tadi dah habis kubaca buku kecil yg di tulis oleh Dr Muhd Kamil Ibrahim bertajuk PhD kecil tapi Signifikan. Seronok membaca kejayaan orang berjaya lulus phd dgn cemerlang..Mengusung kejayaan yg bukan calang.Aku rasa hanya yg ada tekad dan keberanian saja yg boleh melaluinya.Aku??????

Thursday, October 29, 2009

Talk n Tip by Prof Madya Faridah Mohd Yusoff

Pada 6 Oktober lalu jabatan kami menjemput Prof Madya Faridah Mohd Yusof untuk memberi 'talk' dan tip kepada pelajar2 tahun akhir jabatan ini untuk menyuntik semangat juang menjelang final pada 10 dan 11 November ini. PM Faridah, panggilan biasa kami kepada beliau bukan lah asing pada kami semua. Dia merupakan guruku semasa aku masih terkial2 mengenal seramik lebih dari 10 tahun dahulu. Kemudian aku pula menjadi rakan sejawatnya setelah aku menghabiskan masters dan belum pun sempat lama bekerja bersama-sama dengannya, dia dah bersara. Namun demikian sifat keibuannya membuatkan kami berasa senang setiap kali berdampingan dengannya.

Kedatangannya ke Seri Iskandar pada 6 Oktober lalu tidak sia-sia bg kami, apatah lagi beliau tidak lokek menurunkan ilmu dan rahsianya mencipta resepi berkesan clay slip yg bercampur paper mache. Seingat aku, aku pernah mengorek rahsianya ini sewaktu aku menjadi pelajarnya dahulu..namun dia cuma senyum-senyum saja..alah...senang je..katanya. You campur lah dgn apa2 kertas pun,jadi la nanti tu..Sekali dua aku terpikir alangkah bertuahnya budak2 sekarang...tapi...harap2 pelajar menghargai peluang ini..













Saturday, October 24, 2009

Pagi Sabtu yg haru

Assalamualaikum...

Hari Sabtu adalah hari yang ditunggu-tunggu anak-anakku.Agendanya antaranya ialah mandi kolam plastik kat blakang umah,cuci kereta mama,alham dan qiqi suka sungguh cuci kereta mama..dapat main air. Masa ni mama tak marah kalau main air lama2..tak pun tgk papa gilap superbike dia.Tapi paling bosan kalau tak pegi mana2. Semalam papa cadang pergi Cameron..Hannah taknak,bosan katanya.Dah selalu pegi.(dari rumahku ke Cameron sejam setengah je). Pagi2 td nampak papa tgk  jadual train nak  ke KL.'Papa nak g KL ke'? hannah tanya. Tak la..saje je..jawab papa. 'Jom pa kita g KL naik train..ajak budak2 jln2 naik train.lama dah tak naik train sejak balik dari UK dulu.Sebenarnya aku tak pernah naik keretapi spnjng hidup aku kat malaysia ni..naik komuter tu ada la sekali sekala dulu2 masa kat universiti. Tapi sampai d england ,train la transport aku hari2 ulang alik dari Wolverhampton ke Birmingham. Nampaknya Midi iya2 nak ajak kami smua g jln2.Biasanya dia liat nak kluar hari2 minggu ni. Aku mcm tau je trick dia..apataknya esok dia nak konvoi dgn geng2 bikersnya turun ke Sepang tgk Moto GP..patutla dia rajin sgt nk entertain kami hari ni..hmmm

Hari ini aku  nak merasa naik keretapi kat sini. Lagi pun dah lama Alham merengek2 ajak naik train sejak dia dengar cerita anak jiran aku kata best naik train. Aku pun ajak Nazida ofis mate aku join sama..anak2 dia pun lama gak dah kemaruk nak naik train..Aku ajak g KL tapi dh suntuk sgt. Train ke KL jam 9.00 pg. skrang dah 8.05 pagi..cuma ke Ipoh je ada jam 11.45 pagi.Kami pun pakat2 la nak jumpa di stesen Bt Gajah jam 11.30 pg.Tapi ntah camana lambat jugak..Nazida pun lambat..Midi pergi beli tiket..ramai pulak org beratur..anak2 dah terkinja2 tak sabar..Jam dah 11.38. Kerani kaunter tiket tu suruh kami cepat ke seberang sana tunggu train..alamak...kena naik jejantas pulak..kami berlari2 bila nampak train dah dekat..semput rasanya..suami ku jerit..naik je dulu, bayar kat dlm..kerani kaunter tu kata byr kat dlm nanti..aku dan Nazida pun angkatlah anak2 sorang demi sorang..bibik pun semput2 berlari maklumla sambil dokong Qiqi yang montel tu..Riuh rendah suara anak2 kami yg tgh seronok sgt ni dapat naik train..Terkejut abis org yg sedang tidor..Lalu datang la si pemeriksa tiket tanya tiket...Nazida pun dengan panjang lebarnya menerangkan yg kami tak sempat nak beli tiket td..train dah sampai..lagi pun kerani tu yg suruh kami naik..Aku tengok kelat je muka mamat tiket tu..Dgn panjang lebar jugakla dia menerangkan tak boleh naik kalau takde tiket..kena denda katanya..RM10 sorang..tiket RM5 je..denda mahal dari tiket..Alamak camana ni..orang2 sekeliling kami pandang2 senyum2 je..Sah la kami tak pernah naik train..tak tau undang2nya..hehe.Nazida berkali2 mintak maaf, kami bukan sengaja lagi pun kami ingatkan boleh byr dlm train..kerani kaunter tu kata ok..dalam punya explain mengexplain tu dah sampai ke Ipoh..tak sempat nak menikmati pemandangan di luar..alahai...kami pun bayar je la tiketnya..lagi pun ni first time kami naik train nak bagi pendedahan pada anak2 naik public transport. hari2 aku dan papa diaorg dah drive ke skolah. nak bagi diaorang merasa dan belajar sesuatu yg baru..tak henti2 anak2ku dan anak2 Nazida becerita seronoknya naik train. Tapi kejap sangat..takpe la..lain kali kita pegi KL pulak ye..dpt lama skit dlm  train..




Alham, Qiqi Spiderman dan Hannah















Alham, Hannah,Qiqi dan bibik









Hannah,Fatihah dan Auntie Nazida










 Lokasi sebenar : Stesen Keretapi Ipoh.

Friday, October 23, 2009

Ceramic decoration- Decal Technique


Jom kita decorate mug!












Ini ready made design..








Ini bahan-bahannya...











cute-cute...you all pun boleh buat sendiri ni...


dah siap....

Jom join jabatan seramik..macam-macam kita boleh buat sendiri...

Handmade Ceramic Decoration


Handmade ceramic tiles decoration using carving technique.









Handmade ceramic tiles decoration using colored slip marbling technique













Handmade ceramic tiles decoration using colored slip stamping technique

Wednesday, October 21, 2009