Saturday, July 23, 2011

Akhirnya.....

Assalamualaikum....

Subhanallah, Maha Suci Allah...begitu lamanya aku meninggalkan ruangan ini...sehingga hampir setahun lamanya..Banyak perkara telah berlaku dan berlalu.Dalam setahun ini banyak perkara telah berubah. Dulu aku pensyarah kini menjadi pelajar kembali. Dulu tinggal di Perak kini berpindah randah ke Bangi..Kesibukan menguruskan pelajaran dan perpindahan menyebabkan aku meninggalkan laman ini sebegitu lama.
Awal Januari 2011 aku telah mengambil keputusan berpindah bersama anak-anak ke Bangi kerana aku akan memulakan pengajian secepatnya. Lantaran keputusan itu memaksa aku berjauhan dengan Hamidi untuk kedua kalinya selepas sepuluh tahun yang lalu sewaktu meninggalkan dia sendirian tatkala pengajian mastersku di England. Bezanya kali ini aku membawa bersama 3 pejuang kecil sebagai pembakar semangat menempuh ujian dan pengajian getir ini. Semoga Allah merahmati kami..Amin..
Kehidupan hanya bersama anak-anak tak semudah yang ku sangkakan...semua urusan terpaksa ku urus sendiri. Dari mengurus kerja rutin seorang ibu,  persekolahan dan sakit demam..mujurla kami ada pembantu rumah yg mana sekurangnya sedikit meringankan tugas ku juga peneman aku dan anak-anak. Midi akan menjenguk kami setiap hujung minggu dan adakalanya 2 minggu sekali..
Pengajian ku telah bermula...setiap khamis di semester pertama ini dari jam 9-12 tgh hari aku akan menghadiri kelas metodologi di kampus. Jam 12 tgh hari aku akan bergegas menjemput Alham dari tadika dan jam 12.30 menghantar Hannah ke sekolah. Petangnya dapat la aku menjengah ke library. Setiap pada hari itu lah schedule aku tight sekali...dari pagi hingga ke malam kelas kami berterusan. Malamnya Hannah mengikuti kelas piano dan kadangkala aku tertidur dalam kereta sementara menunggu Hannah. Tapi aku selalu mengingatkan diri agar ikhlas dan redha dgn apa yg aku lakuan ...kerana ini pilihanku sendiri.....semoga Allah permudahkan jalan bagiku...aminnn

Tuesday, April 6, 2010

Assalamulaikum..

Kesibukan tidak pernah berkurang sejak awal semester lagi. Macam-macam aktiviti perlu dijalankan sebelum exam bermula..Paling mengujakan ialah Arts Day yang turut di hadiri oleh M.Nasir dan Marlia Musa sebagai jemputan ketika memberikan "Professional Talk". Kesempatan ini aku mengambil peluang untuk berbual dengan mereka mengenai pelbagai pandangan ..daripada seni, artis visual hinggalah sikap pelajar terutamanya pelajar Melayu kini. Ternyata beliau memang seorang artis yang serba boleh..positif dan layaklah di gelar SIFU.Pada sebelah malamnya,kami di Fakulti Seni Lukis dan Senireka mengadakan makan malam di samping pelajar-pelajar mengadakan persembahan bagi setiap jabatan.Kemuncaknya M.Nasir menyanyikan 6 buah lagu yang turut dinyanyikan bersama oleh semua yg hadir..meriah sungguh fakulti kami apatah lagi buat julung kalinya suara M.Nasir bergema memecah hening malam kampus selepas sepetang hujan selebatnya..


















Thursday, March 11, 2010

Salam...

Lamanya aku tidak menjengah laman ini sejak awal Januari dulu..Kesibukan yang berpanjangan dan kemalasan yang teramat menyebabkan aku mengabaikannya sekian lama. Di tambah pula dengan sedikit insiden mistik di pejabatku menyebabkan aku meninggalkan pejabat hampir dua minggu lamanya. Bukannya apa..untuk memenangkan diri dan bermuhasabah. Alhamdulillah aku semakin lega dan mudah-mudahan Allah melindungi kami selalu..Amin..

Sudah hampir dua bulan selepas aku menghadiri interview biasiswa phd..masih belum memperlihatkan tanda-tanda yang positif. Momentum yang pada mulanya bersemangat kini menjadi suam. Aku hanya berserah kepada Allah..kalau ada rezeki, lambat laun akan ada juga...

Cuti Chinese New Year yg baru lalu, aku mengambil kesempatan pulang ke kampung di Rompin berkumpul dengan semua ahli keluarga. Sementelah pula adik perempuan bongsu kami akan melansungkan majlis pertunangannya. Acu panggilan anak-anakku kepada adikku ini sudah besar rupanya. Kadangkala masih teringat takala dia masih kecil dulu, aku selalu membancuhkan susu botol untuknya. Beza umur kami yg agak jauh,12 tahun menyebabkan ma selalu mangharapkan aku membancuhkan susu botol acu.Alhamdulillah agaknya memang dah rezeki Acu, kakak-kakak dan abang-abangnya seronok nak membantu persiapan kahwinnya nanti..





Friday, January 22, 2010

Interview

Proposal study wajib dibentangkan untuk mendapatkan scholarship walaupun aku rasa terlalu banyak kekurangannya. Literature tak cukup,quotation tak banyak dan segala macam kekurangan. Mungkin aku cuak dgn tajuk yg dicadangkan tapi aku beranikan diri jugak memohonnya. Aku telah pun menghantar proposal ini ke USM untuk mendapatkan supervisor. Dan alhamdulillah seorang Dr bersedia menjadi supervisor aku kelak. Ini sikit melegakan, sekurangnya aku dah ada persediaan semasa menjawab dalam interview nanti.
Seawal jam 4.00 pagi aku dan 2 lagi rakan telah bertolak ke Shah Alam. Sessi perbentangan bermula jam 8.30 pg, jadi kami harus sampai selewatnya jam 8.00. Cuma ada 12 org calon. Aku hanya berserah dan pasrah pada Allah. Setiap yg keluar selepas  perbentangan membawa segala macam cerita, ada yg bermuka ceria,ada yang tak tentu arah dan macam-macam lagi. Seharian menunggu akhirnya tibalah gilirankau pada jam 5.00 ptg..Aku sudah tidak rasa apa-apa lagi, berjam-jam menunggu membuatkan gementar dan takut sudah lama silih berganti..Aku melangkah masuk dengan bertawakkal kepada Allah sahaja....
Alhamdullih aku layak untuk ditemuduga ke perigkat seterusnya di canseleri esok....begitu juga rakan-rakan yg lain..

Saturday, January 2, 2010

2010

Salam...sudah lama rasanya tak menjengok laman sendiri ini...banyak program terpaksa dihabiskan sebelum menjelang 2010. OBE yang memeningkan kepala...belum pun selesai ditambah pulak cadangan baru..adui..orang kuat OBE jabatan kami dah pun cuti belajar 3,4 tahun..Nazida dah pun berpindah ke Parit Buntar meneruskan pengajian PhDnya di USM TransKrian. Aku masih terkial-kial memahami struktur OBE. Semoga Allah memberikan aku kekuatan mengendalikannya bersama pesyarah lain di jabatan.

Team Building di Langkawi bersama staf jabatan sedikit meriangkan hati..Walau pun fikiran agak kacau, aku cuba lupakan sebentar kerja pejabat yang menimbun. Setidaknya coklat-coklat pelbagai perisa menjadi penawar serabut..

2010 akhirnya menjelang bersama bebanan tugasan yang perlu disegerakan..OBE, KPI, interview scholarship, audit.,kuliah dah bermula...ya Allah tabahkanlah semangat juangku....

Thursday, December 10, 2009

kerja dan cuti...

Sudah hampir 3 minggu cuti semester penamat 2009 ini bermula...tak lama lagi rutin harian ku akan bermula lagi..namun aku masih belum berkesempatan bercuti lagi melainkan cuti raya haji yg lalu. Itu pun aku cuma berkesempatan cuti selama 3 hari saja kerana Midi harus prepare untuk kursus PTKnya. Alham dan Hannah tak habis merengus kebosanan. Kadang2 ku bawa juga mereka ke fakulti  menemankan aku kerana ramai staf mula bercuti panjang..Di rumah pun sunyi di fakulti  pun sepi sementelah lagi Midi dah pun ke Shah Alam 5 hari berkursus.Aku harus menyiapkan segala laporan dan sasaran tahunan jabatan untuk keperluan pihak pentadbir. Banyak bengkel terpaksa di hadiri minggu depan..di Shah Alam pulak tu..InsyaAllah 20hb Dec ini jabatan kami merancang ke Langkawi untuk program team building..Hannah dah tersenyum girang..mudah-mudahan tiada aral melintang di waktu itu......

Wednesday, December 2, 2009

Hutan kampung dan Petrosains...

Cuti Aidiladha baru berakhir..cuti sekolah masih panjang. Hannah dan Alham merengek-rengek kebosanan dirumah dijamu kartun setiap hari. Alham teringin sangat nak ke KLCC, nak pergi Aquria katanya. Nak tengok shark besar..padahalnya dah dua kali kami ke Aquaria. Selepas pulang ke kampung menziarah nenek dan tokmanya di Pahang kami pulang ke KL. Sepanjang perjalanan hari mendung dan hujan. Abangku yg di panggil Pak Itam oleh anak-anakku juga hendak ke KL menghantar isterinya ke UKM mengesyorkan jalan shortcart ke highway Kuantan- KL. Menyusuri Sungai Pahang jalan kampung bertar cantik dikelilingi hutan dara sungguh mengasyikan. Menghirup bau hutan selepas hujan sungguh menyegarkan. Midi suamiku tak lepas matanya memerhati hutan sekitar sepanjang perjalanan kami. Alham agak suspen melihat hutan sahaja di sekeliling kami.'Bila nak sampai KL ni mama?' Alham bersuara setelah sekian lama berdiam diri. 'Jauh lagi'...kataku.Sejam perjalanan merentas hutan dara dan perkampungan FELDA akhirnya kami keluar ke simpang highway Maran. Kedua-dua kereta kami comot bersalut lumpur tanah merah...Sampai di KL jam sudah 5.00 petang. Kami terus ke KLCC walaupun kereta kami kelihatan seperti baru habis perlumbaan rally dan aku memujuk Alham untuk ke Petrosains saja..alamak!!! tutup pulak Petrosains ni.. rupanya setiap Isnin ia tutup...esok la pulak kena datang lagi....
Jam 12 tengahari esoknya kami ke Petrosains. Alham dan Hannah teruja betul melihat pelbagai projek sains yang dipamerkan dan percuma di cuba. Paling menyeronokan kata mereka menaiki helikopter ke pelantar minyak di tengah laut. Walaupun cuma simulator pengalaman menaiki helikopter ini tak habis dibualkan anak-anakku sepanjang perjalanan pulang ke Seri Iskandar. Walaupun aku keletihan melayan kerenah anak-anak, tetapi kami merasa puas dapat memanfaatkan masa dan pengalaman mereka...