Thursday, December 10, 2009

kerja dan cuti...

Sudah hampir 3 minggu cuti semester penamat 2009 ini bermula...tak lama lagi rutin harian ku akan bermula lagi..namun aku masih belum berkesempatan bercuti lagi melainkan cuti raya haji yg lalu. Itu pun aku cuma berkesempatan cuti selama 3 hari saja kerana Midi harus prepare untuk kursus PTKnya. Alham dan Hannah tak habis merengus kebosanan. Kadang2 ku bawa juga mereka ke fakulti  menemankan aku kerana ramai staf mula bercuti panjang..Di rumah pun sunyi di fakulti  pun sepi sementelah lagi Midi dah pun ke Shah Alam 5 hari berkursus.Aku harus menyiapkan segala laporan dan sasaran tahunan jabatan untuk keperluan pihak pentadbir. Banyak bengkel terpaksa di hadiri minggu depan..di Shah Alam pulak tu..InsyaAllah 20hb Dec ini jabatan kami merancang ke Langkawi untuk program team building..Hannah dah tersenyum girang..mudah-mudahan tiada aral melintang di waktu itu......

Wednesday, December 2, 2009

Hutan kampung dan Petrosains...

Cuti Aidiladha baru berakhir..cuti sekolah masih panjang. Hannah dan Alham merengek-rengek kebosanan dirumah dijamu kartun setiap hari. Alham teringin sangat nak ke KLCC, nak pergi Aquria katanya. Nak tengok shark besar..padahalnya dah dua kali kami ke Aquaria. Selepas pulang ke kampung menziarah nenek dan tokmanya di Pahang kami pulang ke KL. Sepanjang perjalanan hari mendung dan hujan. Abangku yg di panggil Pak Itam oleh anak-anakku juga hendak ke KL menghantar isterinya ke UKM mengesyorkan jalan shortcart ke highway Kuantan- KL. Menyusuri Sungai Pahang jalan kampung bertar cantik dikelilingi hutan dara sungguh mengasyikan. Menghirup bau hutan selepas hujan sungguh menyegarkan. Midi suamiku tak lepas matanya memerhati hutan sekitar sepanjang perjalanan kami. Alham agak suspen melihat hutan sahaja di sekeliling kami.'Bila nak sampai KL ni mama?' Alham bersuara setelah sekian lama berdiam diri. 'Jauh lagi'...kataku.Sejam perjalanan merentas hutan dara dan perkampungan FELDA akhirnya kami keluar ke simpang highway Maran. Kedua-dua kereta kami comot bersalut lumpur tanah merah...Sampai di KL jam sudah 5.00 petang. Kami terus ke KLCC walaupun kereta kami kelihatan seperti baru habis perlumbaan rally dan aku memujuk Alham untuk ke Petrosains saja..alamak!!! tutup pulak Petrosains ni.. rupanya setiap Isnin ia tutup...esok la pulak kena datang lagi....
Jam 12 tengahari esoknya kami ke Petrosains. Alham dan Hannah teruja betul melihat pelbagai projek sains yang dipamerkan dan percuma di cuba. Paling menyeronokan kata mereka menaiki helikopter ke pelantar minyak di tengah laut. Walaupun cuma simulator pengalaman menaiki helikopter ini tak habis dibualkan anak-anakku sepanjang perjalanan pulang ke Seri Iskandar. Walaupun aku keletihan melayan kerenah anak-anak, tetapi kami merasa puas dapat memanfaatkan masa dan pengalaman mereka...