Thursday, December 10, 2009

kerja dan cuti...

Sudah hampir 3 minggu cuti semester penamat 2009 ini bermula...tak lama lagi rutin harian ku akan bermula lagi..namun aku masih belum berkesempatan bercuti lagi melainkan cuti raya haji yg lalu. Itu pun aku cuma berkesempatan cuti selama 3 hari saja kerana Midi harus prepare untuk kursus PTKnya. Alham dan Hannah tak habis merengus kebosanan. Kadang2 ku bawa juga mereka ke fakulti  menemankan aku kerana ramai staf mula bercuti panjang..Di rumah pun sunyi di fakulti  pun sepi sementelah lagi Midi dah pun ke Shah Alam 5 hari berkursus.Aku harus menyiapkan segala laporan dan sasaran tahunan jabatan untuk keperluan pihak pentadbir. Banyak bengkel terpaksa di hadiri minggu depan..di Shah Alam pulak tu..InsyaAllah 20hb Dec ini jabatan kami merancang ke Langkawi untuk program team building..Hannah dah tersenyum girang..mudah-mudahan tiada aral melintang di waktu itu......

Wednesday, December 2, 2009

Hutan kampung dan Petrosains...

Cuti Aidiladha baru berakhir..cuti sekolah masih panjang. Hannah dan Alham merengek-rengek kebosanan dirumah dijamu kartun setiap hari. Alham teringin sangat nak ke KLCC, nak pergi Aquria katanya. Nak tengok shark besar..padahalnya dah dua kali kami ke Aquaria. Selepas pulang ke kampung menziarah nenek dan tokmanya di Pahang kami pulang ke KL. Sepanjang perjalanan hari mendung dan hujan. Abangku yg di panggil Pak Itam oleh anak-anakku juga hendak ke KL menghantar isterinya ke UKM mengesyorkan jalan shortcart ke highway Kuantan- KL. Menyusuri Sungai Pahang jalan kampung bertar cantik dikelilingi hutan dara sungguh mengasyikan. Menghirup bau hutan selepas hujan sungguh menyegarkan. Midi suamiku tak lepas matanya memerhati hutan sekitar sepanjang perjalanan kami. Alham agak suspen melihat hutan sahaja di sekeliling kami.'Bila nak sampai KL ni mama?' Alham bersuara setelah sekian lama berdiam diri. 'Jauh lagi'...kataku.Sejam perjalanan merentas hutan dara dan perkampungan FELDA akhirnya kami keluar ke simpang highway Maran. Kedua-dua kereta kami comot bersalut lumpur tanah merah...Sampai di KL jam sudah 5.00 petang. Kami terus ke KLCC walaupun kereta kami kelihatan seperti baru habis perlumbaan rally dan aku memujuk Alham untuk ke Petrosains saja..alamak!!! tutup pulak Petrosains ni.. rupanya setiap Isnin ia tutup...esok la pulak kena datang lagi....
Jam 12 tengahari esoknya kami ke Petrosains. Alham dan Hannah teruja betul melihat pelbagai projek sains yang dipamerkan dan percuma di cuba. Paling menyeronokan kata mereka menaiki helikopter ke pelantar minyak di tengah laut. Walaupun cuma simulator pengalaman menaiki helikopter ini tak habis dibualkan anak-anakku sepanjang perjalanan pulang ke Seri Iskandar. Walaupun aku keletihan melayan kerenah anak-anak, tetapi kami merasa puas dapat memanfaatkan masa dan pengalaman mereka...

Sunday, November 15, 2009

Final Semester 2009

Berakhir sudah semester kedua tahn 2009 ini bermakna telah satu semester aku menerajui Jabatan Seramik. Rasa suspen dan gementar pada awal mula dahulu sikit demi sikit beransur surut. Mungkin disebabkan sokongan rakan2 se jabatan serta teman2 sefakulti. Cuma pada ujung2 semester ni banyak la kerja2 pengurusan nak di siapkan sebelum bercuti.
10 dan 11 hb Nov 09 merupakan penentu kepada pelajar semester akhir 06. Assessment merupakan hari mengecutkan perut pada mereka semua. Pada halnya pada kami  adalah hari bernafas lega..hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan untuk melihat sejauh mana pelajar faham apa yg kami ajarkan sepanjang 3,4 bulan. Alhamdulillah pada semester ini kelihatannya pelajar mempersembahkan yg terbaik bagi mereka..walaupun ada juga kekurangannya namun aku merasa lega dengan respon pensyarah2. Semoga mereka tidak melupakan apa ilmu yang mereka dapati disini untuk dijadikan landasan di masa depan..












Thursday, November 5, 2009

Hari ini sangat memenatkan.Jam 9.00 pagi adalah waktu penilaian terakhir pelajar 05. Rutin kami sebagai pensyarah akan menilai hasil kerja pelajar setelah 14 minggu bertungkus lumus. Itu pun kalau ada yg benar2 bertungkus lumus.Namun melihat hasil pelajar rasanya belum layak nak disebut bertungkus lumus..Mungkin ada la  seorang dua saja ..Jam 11.00 pg tiba2 dipanggil meeting untuk mengesahkan spesifikasi dan lokasi perabut bengkel baru kami nanti. Adoi...apala meeting selama ni..dari jam 11pg sampai 4.30 ptg . No break! Bengkak kepala dok dlm aircond lama2. Pulang rumah tak larat nk angkat kaki rasanya. Kesian Alham dan Qiqi,,bermain2 dengan bibik aje.
Malam tadi dah habis kubaca buku kecil yg di tulis oleh Dr Muhd Kamil Ibrahim bertajuk PhD kecil tapi Signifikan. Seronok membaca kejayaan orang berjaya lulus phd dgn cemerlang..Mengusung kejayaan yg bukan calang.Aku rasa hanya yg ada tekad dan keberanian saja yg boleh melaluinya.Aku??????

Thursday, October 29, 2009

Talk n Tip by Prof Madya Faridah Mohd Yusoff

Pada 6 Oktober lalu jabatan kami menjemput Prof Madya Faridah Mohd Yusof untuk memberi 'talk' dan tip kepada pelajar2 tahun akhir jabatan ini untuk menyuntik semangat juang menjelang final pada 10 dan 11 November ini. PM Faridah, panggilan biasa kami kepada beliau bukan lah asing pada kami semua. Dia merupakan guruku semasa aku masih terkial2 mengenal seramik lebih dari 10 tahun dahulu. Kemudian aku pula menjadi rakan sejawatnya setelah aku menghabiskan masters dan belum pun sempat lama bekerja bersama-sama dengannya, dia dah bersara. Namun demikian sifat keibuannya membuatkan kami berasa senang setiap kali berdampingan dengannya.

Kedatangannya ke Seri Iskandar pada 6 Oktober lalu tidak sia-sia bg kami, apatah lagi beliau tidak lokek menurunkan ilmu dan rahsianya mencipta resepi berkesan clay slip yg bercampur paper mache. Seingat aku, aku pernah mengorek rahsianya ini sewaktu aku menjadi pelajarnya dahulu..namun dia cuma senyum-senyum saja..alah...senang je..katanya. You campur lah dgn apa2 kertas pun,jadi la nanti tu..Sekali dua aku terpikir alangkah bertuahnya budak2 sekarang...tapi...harap2 pelajar menghargai peluang ini..













Saturday, October 24, 2009

Pagi Sabtu yg haru

Assalamualaikum...

Hari Sabtu adalah hari yang ditunggu-tunggu anak-anakku.Agendanya antaranya ialah mandi kolam plastik kat blakang umah,cuci kereta mama,alham dan qiqi suka sungguh cuci kereta mama..dapat main air. Masa ni mama tak marah kalau main air lama2..tak pun tgk papa gilap superbike dia.Tapi paling bosan kalau tak pegi mana2. Semalam papa cadang pergi Cameron..Hannah taknak,bosan katanya.Dah selalu pegi.(dari rumahku ke Cameron sejam setengah je). Pagi2 td nampak papa tgk  jadual train nak  ke KL.'Papa nak g KL ke'? hannah tanya. Tak la..saje je..jawab papa. 'Jom pa kita g KL naik train..ajak budak2 jln2 naik train.lama dah tak naik train sejak balik dari UK dulu.Sebenarnya aku tak pernah naik keretapi spnjng hidup aku kat malaysia ni..naik komuter tu ada la sekali sekala dulu2 masa kat universiti. Tapi sampai d england ,train la transport aku hari2 ulang alik dari Wolverhampton ke Birmingham. Nampaknya Midi iya2 nak ajak kami smua g jln2.Biasanya dia liat nak kluar hari2 minggu ni. Aku mcm tau je trick dia..apataknya esok dia nak konvoi dgn geng2 bikersnya turun ke Sepang tgk Moto GP..patutla dia rajin sgt nk entertain kami hari ni..hmmm

Hari ini aku  nak merasa naik keretapi kat sini. Lagi pun dah lama Alham merengek2 ajak naik train sejak dia dengar cerita anak jiran aku kata best naik train. Aku pun ajak Nazida ofis mate aku join sama..anak2 dia pun lama gak dah kemaruk nak naik train..Aku ajak g KL tapi dh suntuk sgt. Train ke KL jam 9.00 pg. skrang dah 8.05 pagi..cuma ke Ipoh je ada jam 11.45 pagi.Kami pun pakat2 la nak jumpa di stesen Bt Gajah jam 11.30 pg.Tapi ntah camana lambat jugak..Nazida pun lambat..Midi pergi beli tiket..ramai pulak org beratur..anak2 dah terkinja2 tak sabar..Jam dah 11.38. Kerani kaunter tiket tu suruh kami cepat ke seberang sana tunggu train..alamak...kena naik jejantas pulak..kami berlari2 bila nampak train dah dekat..semput rasanya..suami ku jerit..naik je dulu, bayar kat dlm..kerani kaunter tu kata byr kat dlm nanti..aku dan Nazida pun angkatlah anak2 sorang demi sorang..bibik pun semput2 berlari maklumla sambil dokong Qiqi yang montel tu..Riuh rendah suara anak2 kami yg tgh seronok sgt ni dapat naik train..Terkejut abis org yg sedang tidor..Lalu datang la si pemeriksa tiket tanya tiket...Nazida pun dengan panjang lebarnya menerangkan yg kami tak sempat nak beli tiket td..train dah sampai..lagi pun kerani tu yg suruh kami naik..Aku tengok kelat je muka mamat tiket tu..Dgn panjang lebar jugakla dia menerangkan tak boleh naik kalau takde tiket..kena denda katanya..RM10 sorang..tiket RM5 je..denda mahal dari tiket..Alamak camana ni..orang2 sekeliling kami pandang2 senyum2 je..Sah la kami tak pernah naik train..tak tau undang2nya..hehe.Nazida berkali2 mintak maaf, kami bukan sengaja lagi pun kami ingatkan boleh byr dlm train..kerani kaunter tu kata ok..dalam punya explain mengexplain tu dah sampai ke Ipoh..tak sempat nak menikmati pemandangan di luar..alahai...kami pun bayar je la tiketnya..lagi pun ni first time kami naik train nak bagi pendedahan pada anak2 naik public transport. hari2 aku dan papa diaorg dah drive ke skolah. nak bagi diaorang merasa dan belajar sesuatu yg baru..tak henti2 anak2ku dan anak2 Nazida becerita seronoknya naik train. Tapi kejap sangat..takpe la..lain kali kita pegi KL pulak ye..dpt lama skit dlm  train..




Alham, Qiqi Spiderman dan Hannah















Alham, Hannah,Qiqi dan bibik









Hannah,Fatihah dan Auntie Nazida










 Lokasi sebenar : Stesen Keretapi Ipoh.

Friday, October 23, 2009

Ceramic decoration- Decal Technique


Jom kita decorate mug!












Ini ready made design..








Ini bahan-bahannya...











cute-cute...you all pun boleh buat sendiri ni...


dah siap....

Jom join jabatan seramik..macam-macam kita boleh buat sendiri...

Handmade Ceramic Decoration


Handmade ceramic tiles decoration using carving technique.









Handmade ceramic tiles decoration using colored slip marbling technique













Handmade ceramic tiles decoration using colored slip stamping technique

Wednesday, October 21, 2009

Monday, October 19, 2009

'Once upon A Time...'


' Once Upon A Time...' merupakan karya kolaborasi dengan suamiku Hamidi Hadi. Karya ini tercetus daripada pengamatan dan pengalaman ku sendiri yang tinggal di kawasan bekas aktiviti perlombongan di daerah Kinta,Perak. Dengan mengambil sejarah bagi merentasi dua masa antara dahulu dan sekarang yang banyak memberi kesan kepada kehidupan kita hari ini.
Tanah kelahiranku di negeri Pahang yang menghijau dengan sumber hutannya..(kampung ku di Kuala Rompin tak jauh ke entrance Hutan Simpan Endau -Rompin) membuatkan pengalaman tinggal di Seri Iskandar ini terasa kering dan gersang.Lantas  aku berfikir betapa rakusnya sang perompak  si penjajah merompak  kekayaan bumi ini. Apa yang tinggal hanyalah tasik2 buatan bekas lombong yg yang melompang sana sini memetai muka bumi Perak kini yang layak dikubang oleh kerbau-kerbau  dan  itik2 belaan penternak kecilan. Objek topi yang digunakan semasa zaman kolonial dengan warna keemasan dan diletakan di atas peta lama kerajaan Melayu Perak menggambarkan sifat angkuh dan kekuasaan penjajah yang menguasai kerajaan-kerajaan Melayu pada masa itu. Kini walaupun telah  lima dekad penjajah pergi namun kesannya tetap mencalar tanah air ini..

Saturday, October 10, 2009

Hari ini aku pergi ke rumah terbuka Aidilfitri sampai tak larat nak makan...Ada 5 open house hari ini. tak termasuk setiap malam anjuran student2. Mewahnya bumi Malaysia..walaupun dalam kegawatan ekonomi namun perut tak pernah gawat menerima habuan. Tadi aku menonton Majalah 3 fokus kepada gempa bumi di Padang,Sumatera..MasyaAllah..begitu banyak nyawa terkorban,,melihat ratap tangis keluarga kehilangan anak,ayah,ibu saudara membuatkan aku rasa mual..mual bukan kerana melihat mayat2 bergelimpangan tetapi mual mengenangkan betapa kita banyak melupai nikmat tuhan,mensyukuri keamanan, berterimaksih kepada Allah yg masih membenarkan kita melihat anak dan suami disisi. Bagaimana rasanya jika kita berada seperti mereka di Padang sana?hilang segala hanya sekelip mata. Melihat bibik ku menangis meratapi saudara2nya sudah cukup membuat aku insaf,,betapa Allah sangat menyayangi kita semua.Berdoalah semoga Allah tidak berpaling dari menyayangi kita.Amin...teringat pada ayat Quran Surah Al Zilzal yang bermaksud:
'Ketika bumi digoncangkan dengan kegoncangan (yang hebat)
Dan bumi mengeluarkan isinya
Dan manusia mengatakan, "mengapa begini?"
Di hari itu bumi menerangkan beritanya
Kerana Tuhan itu mewahyukan kepadanya
Di hari itu manusia berangkat dalam berbagai golongan,supaya kepada mereka diperlihatkan perbuatannya
Dan sesiapa yang mengerjakan perbuatan yang baik walaupun sebesar zarah,akan dilihatnya
Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun,akan dilihatnya'.

Sama-samalah kita kembali kepada jalan Allah..

Monday, October 5, 2009

Bumi Asing

Bilamana aku berjaya mendapat tawaran ke England, seakan tak percaya rasanya. Ku khabarkan berita gembira ini kepada ibu, ibu yang ku panggil 'ma' itu sangat terharu. Sementelah aku baru shj kehilangan ayah seminggu sebelum perkahwinanku. Sayangnya suamiku tidak dapat ikut bersama kerana tuntutan kerjanya tidak membolehkan dia ikut bersama ku. Aku memberanikan hati terbang ke negeri asing itu seorang diri. Hanya Allah sahaja yg tahu betapa gementarnya aku . Aku hanya bertawakkal kepadaNya mudah-mudahan aku dilindungi sentiasa.Setibanya aku di Birmingham International Airport, aku disambut oleh seorang lelaki Inggeris bernama Ian..dia merupakan wakil universiti tempat pengajianku nanti. Ian menghantar ku ke student hostel..waktu itu cuti musim panas belum lg berakhir, masih ada 2 minggu lagi sebelum pendftaran semester baru bermula.Hanya ada aku seorang sahaja di dalam sebesar2 bangunan hostel itu.Masya Allah.. aku mula merindui Malaysia..suamiku,keluarga,kawan2..tiba-tiba terbit rasa kesal kenapa aku sanggup datang ke sini meningalkan mereka semua..aku berdoa siang dan malam agar Allah mempercepatkan waktu supaya aku boleh pulang ke Malaysia sesegeranya..namun perjuangan cita mesti diteruskan..sebulan kemudian Halina  rakan kerjaku di Manjung turut berjaya menyambung pengajian di tempat yg sama denganku.Aku bersyukur sedalamnya kerana Allah mendengar doa2 ku. Sekurangnya aku ada teman seagama bangsa dan negara di bumi Inggeris ini..
Kegembiraanku bukan setakat itu sahaja, 4 bulan kemudian suamiku sanggup melepaskan pekerjaannya dan menurutiku di sini. Studyku semakin memerlukan perhatian. Aku harus menumpukan perhatian sepenuhnya untuk menyiapkan dessertation. Penduduk bandar Wolverhampton yang terletak di bahagian tengah England mempunyai loghat Midland yg pekat. Pada mulanya agak sukar aku memahami lenggok percakapan mereka,tetapi kelamaan aku semakin biasa dengannya. Bagaimana kita  mendengar David Beckham bercakap, haa begitula bunyinya..Di Wolverhampton tidak ramai pelajar Melayu , aku menyambut Aidilfitri pertama ku di rantauan berdua sahaja dgn Halina. Kami masak rendang dan pakai cantik2, tapi kami berdua je yg makan. Selepas suamiku datang, kami mengambil keputusan untuk berpindah ke Birmingham yg mempunyai  ramai pelajar Melayu. Jarak dari Birmingham ke Wolverhampton lebih kurang 40,50 km. Setiap hari aku akan menaiki train ke kuliah. Jika weekend kami akan jelajah car boot sales di serata Birmingham..aktiviti wajib Malaysian kat Uk ni kalau dah takde kuliah. Balik Malaysia nanti tu yg jadi penambah banyak brg dlm kontena.
Pada awal musim bunga 2001 dr mengesahkan aku hamil. Aku sgt gembira tapi terlalu takut memikirkan aku bakal melahirkan bayi pertama ini di sini. Tiada ma,kakak, makcik, bidan yg akan menolong aku. Siapa nk jaga aku masa berpantang nanti....suamiku relax je.Ma di kg sgt risau kerana aku mengandung sulung ini jauh di rantauan.. ntah sakit ke pening ke sihat ke..macam2 dia pikir. Aku cuba bertenang dan terus ke kuliah seperti biasa. Suamiku membeli kereta kecil terpakai untuk memudahkan kami berulang alik dari Wolves ke Birm..dan dh jadi habit aku sejak mengandung ni, aku akan singgah satu kedai  fish n chip di Heath Town sblm pulang ke rumah. pakcik kedai ikan tu pun dh kenal sgt dgn aku.Blm pun aku mintak, dia dah bungkus siap set fish n chip yg panas2.Fuhhh...sedapnya. dan  mesti singgah di IKEA  Wednesbury semata-mata nak minum kopi. Setiap hari...! suamiku tak boleh ckp apa lg..ikut je la...
Kandunganku alhamdulillah lansung tidak ada apa2 masalah,aku boleh membuat work seperti biasa. Kadang2 classmate aku baik hati menolong mengankat work yg berat2. Supervisorku Vicky banyak menasihat supaya aku berhati2 kerana banyak perkakas yang berbahaya di bengkel seramik kami. Aku banyak berguru dgn buku tentang panduan kehamilan ini. Sungguh jauh berbeza sekali dgn apa yg di amalkan oleh org2 kita. Kawan ku As di Manjung sanggup poskan asam jawa manis kalau2 aku teringin katanya. Ma pulak  kirimkan lempuk durian kerana skrg musim durian. Dia teringat pada kami kalau makan durian di kg. Alahai..ibu..ibu!
Kandungan ku dah masuk 9 bulan, Vicky menasihatkan aku cuti untuk membuat preparation dan berehat..Aku mula merasakan contraction pertama pada satu pg.. aku telefon kak Ina, kakak yg dah lama tinggal di Birm ini mengikuti suaminya smbung phd. Kak Ina suruh aku ke hospital cepat2. sampai di hspital..hilang pulak sakitnya..aku balik ke rumah..seminggu kemudian baru aku betul2 sakit. Kali ni aku terus di masukan ke ward. Tapi dr kata mcm lambat lagi ni..aku di induce..sakitnya hanya Allah yg tahu. Di dlm labour room hanya di temani Midi suamiku dah seorang midwife Michelle namanya..kesakitan yg amat sgt itu membuatkan aku pengsan seketika..kelam kabut dr. Bila tersedar aku meminta midi call ma dan memohon dia mendoakan agar aku dapat menempuhi saat2 getir ini...setelah 12 jam bertarung dengan kesakitan akhirnya tepat jam 7.25 pg Hannah Kamilia Hamidi menjenguk dunia buat pertama kalinya dengan disambut oleh dr Suny dan Hamidi suamiku..Hilang segala sakit bila melihat bundar mata Hannah merenung kami..Aku lupakan sekejap kuliah menguruskan Hannah. Kebetulannya pada masa itu cuti Easter. Hamidi suamiku juga telah memulakan pengajian mastersnya di universiti yg sama dgnku. Mujurla kawan ku sanggup untuk baby-sit Hannah bila kami mula kuliah nanti.Pertengahan pengajian kami, dunia di gegarkan dengan kejadian SEPT/11 di US. Pada masa itu org Islam agak bimbang tentang keselamatan mereka memandangkan spekulasi penyebab Sept/11 tu. Aku yg bertudung obviously Muslim agak gentar jika ke kuliah berseorangan. Mujurlah tiada apa2 yg buruk berlaku..Aku tidak sabar2 ingin pulang ke Malaysia. Bila semuanya selesai aku menempah flight dgn penerbangan Malaysia shj dan direct flight to KL. Taknak berenti di mana2..pd masa tu smua org trauma nk naik kapal terbang. Kami di offer dgn British Airways dan transit di Germany.Aku tolak...Penerbangan balik selama 14 jam itu membuat aku rasa nak demam. Hannah yg berusia 8 bulan pada masa itu tidur sepanjang penerbangan..Akhirnya pramugari mengumumkan kami sudah berada di ruangan udara Malaysia,aku rasa nak melompat gembira. Kami disambut oleh keluarga yg teruja nak melihat 'made in England' - Hannah Kamillia.Aku bersyukur akhirnya kami kembali pada keluarga,dan tanahair tercinta ini.

Aku dan seramik

Sebelum aku terus menulis berkongsi ilmu seramik yg tak seberapanya ada padaku..biar ku mulakan bagaimana aku terjun ke bidang ini.Tidak pernah terlintas aku memasuki bidang art. Sewaktu pertama kali mengisi borang permohonan kemasukan ke universiti aku dh give up nak apply apa.Telah beberapa kali permohonan aku ditolak oleh pihak universiti.akhirnya aku biarkan shj kawan ku yg memenuhi kotak-kotak borang tersebut dan aku sign saje.Sudah rezeki agaknya, aku diterima di UiTM Shah Alam di Fakulti Seni Lukis dan Senireka. Memasuki alam kampus pertama kalinya sungguh mengujakan. Dua semester di tahun 1 asasi seni membuat aku sangat teruja  mendalami batik.Apatah lagi susur galur keluarga nenek moyangku dari pantai timur dan sejak dari kecil lagi aku sudah terdedah dengan keindahan batik.Dalam terpahat di hati bila aku grad nanti aku ingin mengusahakan batik dengan design tanganku sendiri..Namun sebelum berjaya memasuki mana2 jabatan selepas tahun 1 itu kami perlu di interview dahulu oleh pensyarah2 jabatan. Malang sekali nasib ku, dikalangan  berempat teman akrab di thn 1 yg memohon jabatan textile hanya permohonan ku sahaja yg ditolak.Puas aku merayu dengan pensyarah tersebut namun hampa. Aku dihantar ke pilihan ku yg kedua iaitu seramik. Aku menangis bukan kepalang. 3 hari 3 malam aku membungkam di katil tidak makan dan minum. Tiada siapa pun teman sebilik yg berani menegur apatah lagi memujuk.Selepas puas menangis aku bangun bersiap dan terus ke kelas seramik pertama ku. Mujurla seorang teman ku menyalinkan semua nota dan jadual pertama kuliah kami. Kedatanganku disambut meriah oleh teman sekelas..Alangkah seronok rupanya di jabatan seramik ini.Tak seperti ku gambarkan..benarlah kata pepatah'tak kenal maka tak cinta'. Ramai org mentafsirkan seramik ialah hanya pasu bunga..rupanya sungguh luas keupayaan tanah liat mempengaruhi kehidupan manusia.cuma kita kurang sedar atau tidak sedar sahaja tentang kewujudannya di sekeliling kita. Dari mangkuk tandas yg kita gunakan hinggalah kepada perintang arus elektrik yg digunakan di stesen2 janakuasa elektrik malahan hingga ke angkasa lepas..
Selepas grad ijazah pertama aku diterima sebagai jurulatih di UiTM Perak  di Seri Manjung yg pada ketika itu adalah deretan rumah kedai yang di jadikan kampus. Sering aku diberi amaran oleh pengawal ketika itu kerana keluar kampus tanpa memakai kad pelajar.Maklumla baru grad, rupa pun macam pelajar..Bermula la era baru kehidupanku sebagai tenaga pengajar di sini. Hari2 aku hanya berjalan kaki ke kampus yang jaraknnya lebih kurang 1 km. Di sini juga aku bertemu jodoh dgn suamiku sekarang, walaupun dia adalah seniorku semasa di universiti dulu, tapi  tak pernah sekali pun terserempak dengannya di fakulti. Mungkin dah jodoh kami, menjadi  rahsia Allah temukan kami di sini. Selama dua tahun aku menjadi jurulatih akhirnya aku mendapat tawaran biasiswa dari universiti untuk menyambung pengajian mastersku di England..

Women


Ini adalah antara beberapa  karya yg aku hasilkan semasa menyiapkan coursework masters program di UK. Work ini berkisar tentang kesanggupan wanita bersakitan untuk kelihatan cantik. Dalam research aku menemui bukti2 kadangkala wanita ini sanggup melakukan apa saja untuk cantik..ada yang berbenkung seketatnya..ada yg memakai corset yg menyeksakan, ada yg bersusuk dan sebagainya..Karya Women vessel ini menyerlahkan keindahan bentuk badan wanita yg ideal menurut pandangan mereka..yg aku terjemahkannya di dalam karya seramik ini dengan palitan glaze membiru untuk menonjolkan form.Pada waktu  karya ini dihasilkan  aku sedang sarat mengandung 9 bulan anak sulungku. Jerih payah menyiapkan work yang  pelbagai rupa dan bentuk,berpuluh-puluh pieces banyaknya menyebabkan aku sering tidur berendam air mata bila pulang dari kelas. Keletihan yg teramat sgt sementelah lagi usia kandungan yg sudah sampai ke penghujungnya.Supervisorku sangat baik orangnya tetapi sukar dimengerti apa yg di kehendaki..Kadangkala aku terlupa yg aku sedang mengandung ketika itu, aku memanjat meja yg tinggi untuk membuat finishing setiap work sehingga aku di marahi oleh pensyarah kerana pada satu petang dia telihat aku sedang berdiri di atas meja setinggi 4 kaki..dia menyergahku supaya turun dan pulang...seminggu kemudian Hannah Kamillia Hamidi selamat di lahirkan...

Friday, October 2, 2009

Handmade Ceramics

Untuk menghasilkan karya seramik yang mempunya nilai artistik pada bentukan yang agak kompleks,teknik buatan tangan adalah teknik terbaik yang boleh kita digunakan.Terdapat beberapa kaedah atau teknik yang boleh digunakan seperti lingkaran,picitan,dan kepingan(coiling,pinching dan slabbing). Tetapi bergantung juga kepada kreativiti pengkarya dimana mereka boleh menggunakan apa sahaja medium untuk mendapat dan menghasilkan bentuk-bentuk karya yang dikehendaki.

Coiling : Teknik ini merupakan teknik tertua yang pernah dikesan digunakan oleh manusia sekitar 6000 tahun sebelum masihi. Meneruskan ketradisian ini, manusia telah memikir dan mengembangkan teknik ini merentasi masa dan zaman walaupun silih berganti bertukar ketamadunan.Namun penghayatan manusia terus tidak pernah berhenti untuk menyelesaikan masalah bentukan seramik yang dihasilkan dengan penyatuan design yang praktikal dan bentuk-bentuk yang artistik. Untuk mempraktiskan teknik ini, skill, masa serta kesabaran sangat diperlukan.Pelbagai bentukan boleh dihasilkan dengan teknik coiling seperti silinder,bentuk bulat,openmouthed,closemouthed dan sebagainya.

Thursday, October 1, 2009

Awal seramik

Menerusi sejarah, pada setiap budaya dan peradaban, seni seramik telah menjadi rantaian kepada identiti kebudayaan. Perkataan seramik diambil dari perkata Inggeris iaitu ceramic yang berasal dari perkataan Greek iaitu Keramikos yang merujuk kepada tanah liat dalam semua bentuk. Berterima kasih kepada kualiti material ini, pada kebanyakan muzium di dunia ada menyimpan khazanah peninggalan barangan seramik yang membolehkan kita generasi hari ini dapat menyaksikan bagaimana manusia terdahulu melahirkan dan mengekspresikan ilham seni seramik yang telah merentasi masa dan zaman. Teknik penghasilan seramik tidak pernah berubah sejak berkurun silam, dari zaman pra- sejarah hinggalah ke hari ini. Orang Cina mula menggunakan roda putaran semasa menghasilkan bentukan silinder seramik sejak zaman Neolitik lagi, manakala orang Mesir menjumpai glaze iaitu lapisan kekaca yang menyelaputi jasad seramik yang menahannya daripada poros dan orang Roman pula memperkenalkan dinnerware dan teknik dekorasinya mengguna stamping technique. Sebenarnya tiada kraf yang dapat dibandingkan dengan seni seramik yang penuh ketradisian dan ekspresi serta keupayaan dan potensinya untuk diinovasikan.

What is clay?

Clay is a naturally occurring material composed primarily of fine-grained minerals, which show plasticity through a variable range of water content, and which can be hardened when dried and/or fired. Clay can be found almost everywhere in the world-obvoiusly in garden and riverbank. Many potters still dig their own clay but raw clay is not very pliable and can be difficult to deal with. We need to add other material in order to give it plasticity.