Wednesday, December 2, 2009

Hutan kampung dan Petrosains...

Cuti Aidiladha baru berakhir..cuti sekolah masih panjang. Hannah dan Alham merengek-rengek kebosanan dirumah dijamu kartun setiap hari. Alham teringin sangat nak ke KLCC, nak pergi Aquria katanya. Nak tengok shark besar..padahalnya dah dua kali kami ke Aquaria. Selepas pulang ke kampung menziarah nenek dan tokmanya di Pahang kami pulang ke KL. Sepanjang perjalanan hari mendung dan hujan. Abangku yg di panggil Pak Itam oleh anak-anakku juga hendak ke KL menghantar isterinya ke UKM mengesyorkan jalan shortcart ke highway Kuantan- KL. Menyusuri Sungai Pahang jalan kampung bertar cantik dikelilingi hutan dara sungguh mengasyikan. Menghirup bau hutan selepas hujan sungguh menyegarkan. Midi suamiku tak lepas matanya memerhati hutan sekitar sepanjang perjalanan kami. Alham agak suspen melihat hutan sahaja di sekeliling kami.'Bila nak sampai KL ni mama?' Alham bersuara setelah sekian lama berdiam diri. 'Jauh lagi'...kataku.Sejam perjalanan merentas hutan dara dan perkampungan FELDA akhirnya kami keluar ke simpang highway Maran. Kedua-dua kereta kami comot bersalut lumpur tanah merah...Sampai di KL jam sudah 5.00 petang. Kami terus ke KLCC walaupun kereta kami kelihatan seperti baru habis perlumbaan rally dan aku memujuk Alham untuk ke Petrosains saja..alamak!!! tutup pulak Petrosains ni.. rupanya setiap Isnin ia tutup...esok la pulak kena datang lagi....
Jam 12 tengahari esoknya kami ke Petrosains. Alham dan Hannah teruja betul melihat pelbagai projek sains yang dipamerkan dan percuma di cuba. Paling menyeronokan kata mereka menaiki helikopter ke pelantar minyak di tengah laut. Walaupun cuma simulator pengalaman menaiki helikopter ini tak habis dibualkan anak-anakku sepanjang perjalanan pulang ke Seri Iskandar. Walaupun aku keletihan melayan kerenah anak-anak, tetapi kami merasa puas dapat memanfaatkan masa dan pengalaman mereka...

No comments:

Post a Comment