Sebelum aku terus menulis berkongsi ilmu seramik yg tak seberapanya ada padaku..biar ku mulakan bagaimana aku terjun ke bidang ini.Tidak pernah terlintas aku memasuki bidang art. Sewaktu pertama kali mengisi borang permohonan kemasukan ke universiti aku dh give up nak apply apa.Telah beberapa kali permohonan aku ditolak oleh pihak universiti.akhirnya aku biarkan shj kawan ku yg memenuhi kotak-kotak borang tersebut dan aku sign saje.Sudah rezeki agaknya, aku diterima di UiTM Shah Alam di Fakulti Seni Lukis dan Senireka. Memasuki alam kampus pertama kalinya sungguh mengujakan. Dua semester di tahun 1 asasi seni membuat aku sangat teruja mendalami batik.Apatah lagi susur galur keluarga nenek moyangku dari pantai timur dan sejak dari kecil lagi aku sudah terdedah dengan keindahan batik.Dalam terpahat di hati bila aku grad nanti aku ingin mengusahakan batik dengan design tanganku sendiri..Namun sebelum berjaya memasuki mana2 jabatan selepas tahun 1 itu kami perlu di interview dahulu oleh pensyarah2 jabatan. Malang sekali nasib ku, dikalangan berempat teman akrab di thn 1 yg memohon jabatan textile hanya permohonan ku sahaja yg ditolak.Puas aku merayu dengan pensyarah tersebut namun hampa. Aku dihantar ke pilihan ku yg kedua iaitu seramik. Aku menangis bukan kepalang. 3 hari 3 malam aku membungkam di katil tidak makan dan minum. Tiada siapa pun teman sebilik yg berani menegur apatah lagi memujuk.Selepas puas menangis aku bangun bersiap dan terus ke kelas seramik pertama ku. Mujurla seorang teman ku menyalinkan semua nota dan jadual pertama kuliah kami. Kedatanganku disambut meriah oleh teman sekelas..Alangkah seronok rupanya di jabatan seramik ini.Tak seperti ku gambarkan..benarlah kata pepatah'tak kenal maka tak cinta'. Ramai org mentafsirkan seramik ialah hanya pasu bunga..rupanya sungguh luas keupayaan tanah liat mempengaruhi kehidupan manusia.cuma kita kurang sedar atau tidak sedar sahaja tentang kewujudannya di sekeliling kita. Dari mangkuk tandas yg kita gunakan hinggalah kepada perintang arus elektrik yg digunakan di stesen2 janakuasa elektrik malahan hingga ke angkasa lepas..
Selepas grad ijazah pertama aku diterima sebagai jurulatih di UiTM Perak di Seri Manjung yg pada ketika itu adalah deretan rumah kedai yang di jadikan kampus. Sering aku diberi amaran oleh pengawal ketika itu kerana keluar kampus tanpa memakai kad pelajar.Maklumla baru grad, rupa pun macam pelajar..Bermula la era baru kehidupanku sebagai tenaga pengajar di sini. Hari2 aku hanya berjalan kaki ke kampus yang jaraknnya lebih kurang 1 km. Di sini juga aku bertemu jodoh dgn suamiku sekarang, walaupun dia adalah seniorku semasa di universiti dulu, tapi tak pernah sekali pun terserempak dengannya di fakulti. Mungkin dah jodoh kami, menjadi rahsia Allah temukan kami di sini. Selama dua tahun aku menjadi jurulatih akhirnya aku mendapat tawaran biasiswa dari universiti untuk menyambung pengajian mastersku di England..
sama la sy pn zahirah,sy dulu pon smpai hilang semangat bile dapat seramik masa part 2. tapi bila da masuk baru la sy tau banyak lagi function yg ade kat seramik selain pasu bunga hehe. start part 3 baru sy jatuh hati kat seramik sebab dpt main mesin throw hehe. anyway saya ex student 2005 batch bonde n mybe puan xknal saya sbb sy pemalu sgt hehe..hope sume lecturer sihat2 aje..
ReplyDeleteassalamualaikum wbt...sye M. Zuhaili batch Bonde jgk...fuhh puan zahirah dah ade blog...dah lme xnmpk puan zahirah...hrap2 puan sihat dan sukses selalu...eley shah jgn malu2...kat mne pon kte pegi seni ade disekeliling...karya dan terus berkarya...wahwahwah...
ReplyDelete