Untuk menghasilkan karya seramik yang mempunya nilai artistik pada bentukan yang agak kompleks,teknik buatan tangan adalah teknik terbaik yang boleh kita digunakan.Terdapat beberapa kaedah atau teknik yang boleh digunakan seperti lingkaran,picitan,dan kepingan(coiling,pinching dan slabbing). Tetapi bergantung juga kepada kreativiti pengkarya dimana mereka boleh menggunakan apa sahaja medium untuk mendapat dan menghasilkan bentuk-bentuk karya yang dikehendaki.
Coiling : Teknik ini merupakan teknik tertua yang pernah dikesan digunakan oleh manusia sekitar 6000 tahun sebelum masihi. Meneruskan ketradisian ini, manusia telah memikir dan mengembangkan teknik ini merentasi masa dan zaman walaupun silih berganti bertukar ketamadunan.Namun penghayatan manusia terus tidak pernah berhenti untuk menyelesaikan masalah bentukan seramik yang dihasilkan dengan penyatuan design yang praktikal dan bentuk-bentuk yang artistik. Untuk mempraktiskan teknik ini, skill, masa serta kesabaran sangat diperlukan.Pelbagai bentukan boleh dihasilkan dengan teknik coiling seperti silinder,bentuk bulat,openmouthed,closemouthed dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment