Kegembiraanku bukan setakat itu sahaja, 4 bulan kemudian suamiku sanggup melepaskan pekerjaannya dan menurutiku di sini. Studyku semakin memerlukan perhatian. Aku harus menumpukan perhatian sepenuhnya untuk menyiapkan dessertation. Penduduk bandar Wolverhampton yang terletak di bahagian tengah England mempunyai loghat Midland yg pekat. Pada mulanya agak sukar aku memahami lenggok percakapan mereka,tetapi kelamaan aku semakin biasa dengannya. Bagaimana kita mendengar David Beckham bercakap, haa begitula bunyinya..Di Wolverhampton tidak ramai pelajar Melayu , aku menyambut Aidilfitri pertama ku di rantauan berdua sahaja dgn Halina. Kami masak rendang dan pakai cantik2, tapi kami berdua je yg makan. Selepas suamiku datang, kami mengambil keputusan untuk berpindah ke Birmingham yg mempunyai ramai pelajar Melayu. Jarak dari Birmingham ke Wolverhampton lebih kurang 40,50 km. Setiap hari aku akan menaiki train ke kuliah. Jika weekend kami akan jelajah car boot sales di serata Birmingham..aktiviti wajib Malaysian kat Uk ni kalau dah takde kuliah. Balik Malaysia nanti tu yg jadi penambah banyak brg dlm kontena.
Pada awal musim bunga 2001 dr mengesahkan aku hamil. Aku sgt gembira tapi terlalu takut memikirkan aku bakal melahirkan bayi pertama ini di sini. Tiada ma,kakak, makcik, bidan yg akan menolong aku. Siapa nk jaga aku masa berpantang nanti....suamiku relax je.Ma di kg sgt risau kerana aku mengandung sulung ini jauh di rantauan.. ntah sakit ke pening ke sihat ke..macam2 dia pikir. Aku cuba bertenang dan terus ke kuliah seperti biasa. Suamiku membeli kereta kecil terpakai untuk memudahkan kami berulang alik dari Wolves ke Birm..dan dh jadi habit aku sejak mengandung ni, aku akan singgah satu kedai fish n chip di Heath Town sblm pulang ke rumah. pakcik kedai ikan tu pun dh kenal sgt dgn aku.Blm pun aku mintak, dia dah bungkus siap set fish n chip yg panas2.Fuhhh...sedapnya. dan mesti singgah di IKEA Wednesbury semata-mata nak minum kopi. Setiap hari...! suamiku tak boleh ckp apa lg..ikut je la...
Kandunganku alhamdulillah lansung tidak ada apa2 masalah,aku boleh membuat work seperti biasa. Kadang2 classmate aku baik hati menolong mengankat work yg berat2. Supervisorku Vicky banyak menasihat supaya aku berhati2 kerana banyak perkakas yang berbahaya di bengkel seramik kami. Aku banyak berguru dgn buku tentang panduan kehamilan ini. Sungguh jauh berbeza sekali dgn apa yg di amalkan oleh org2 kita. Kawan ku As di Manjung sanggup poskan asam jawa manis kalau2 aku teringin katanya. Ma pulak kirimkan lempuk durian kerana skrg musim durian. Dia teringat pada kami kalau makan durian di kg. Alahai..ibu..ibu!
Kandungan ku dah masuk 9 bulan, Vicky menasihatkan aku cuti untuk membuat preparation dan berehat..Aku mula merasakan contraction pertama pada satu pg.. aku telefon kak Ina, kakak yg dah lama tinggal di Birm ini mengikuti suaminya smbung phd. Kak Ina suruh aku ke hospital cepat2. sampai di hspital..hilang pulak sakitnya..aku balik ke rumah..seminggu kemudian baru aku betul2 sakit. Kali ni aku terus di masukan ke ward. Tapi dr kata mcm lambat lagi ni..aku di induce..sakitnya hanya Allah yg tahu. Di dlm labour room hanya di temani Midi suamiku dah seorang midwife Michelle namanya..kesakitan yg amat sgt itu membuatkan aku pengsan seketika..kelam kabut dr. Bila tersedar aku meminta midi call ma dan memohon dia mendoakan agar aku dapat menempuhi saat2 getir ini...setelah 12 jam bertarung dengan kesakitan akhirnya tepat jam 7.25 pg Hannah Kamilia Hamidi menjenguk dunia buat pertama kalinya dengan disambut oleh dr Suny dan Hamidi suamiku..Hilang segala sakit bila melihat bundar mata Hannah merenung kami..Aku lupakan sekejap kuliah menguruskan Hannah. Kebetulannya pada masa itu cuti Easter. Hamidi suamiku juga telah memulakan pengajian mastersnya di universiti yg sama dgnku. Mujurla kawan ku sanggup untuk baby-sit Hannah bila kami mula kuliah nanti.Pertengahan pengajian kami, dunia di gegarkan dengan kejadian SEPT/11 di US. Pada masa itu org Islam agak bimbang tentang keselamatan mereka memandangkan spekulasi penyebab Sept/11 tu. Aku yg bertudung obviously Muslim agak gentar jika ke kuliah berseorangan. Mujurlah tiada apa2 yg buruk berlaku..Aku tidak sabar2 ingin pulang ke Malaysia. Bila semuanya selesai aku menempah flight dgn penerbangan Malaysia shj dan direct flight to KL. Taknak berenti di mana2..pd masa tu smua org trauma nk naik kapal terbang. Kami di offer dgn British Airways dan transit di Germany.Aku tolak...Penerbangan balik selama 14 jam itu membuat aku rasa nak demam. Hannah yg berusia 8 bulan pada masa itu tidur sepanjang penerbangan..Akhirnya pramugari mengumumkan kami sudah berada di ruangan udara Malaysia,aku rasa nak melompat gembira. Kami disambut oleh keluarga yg teruja nak melihat 'made in England' - Hannah Kamillia.Aku bersyukur akhirnya kami kembali pada keluarga,dan tanahair tercinta ini.
No comments:
Post a Comment