Monday, October 5, 2009
Women
Ini adalah antara beberapa karya yg aku hasilkan semasa menyiapkan coursework masters program di UK. Work ini berkisar tentang kesanggupan wanita bersakitan untuk kelihatan cantik. Dalam research aku menemui bukti2 kadangkala wanita ini sanggup melakukan apa saja untuk cantik..ada yang berbenkung seketatnya..ada yg memakai corset yg menyeksakan, ada yg bersusuk dan sebagainya..Karya Women vessel ini menyerlahkan keindahan bentuk badan wanita yg ideal menurut pandangan mereka..yg aku terjemahkannya di dalam karya seramik ini dengan palitan glaze membiru untuk menonjolkan form.Pada waktu karya ini dihasilkan aku sedang sarat mengandung 9 bulan anak sulungku. Jerih payah menyiapkan work yang pelbagai rupa dan bentuk,berpuluh-puluh pieces banyaknya menyebabkan aku sering tidur berendam air mata bila pulang dari kelas. Keletihan yg teramat sgt sementelah lagi usia kandungan yg sudah sampai ke penghujungnya.Supervisorku sangat baik orangnya tetapi sukar dimengerti apa yg di kehendaki..Kadangkala aku terlupa yg aku sedang mengandung ketika itu, aku memanjat meja yg tinggi untuk membuat finishing setiap work sehingga aku di marahi oleh pensyarah kerana pada satu petang dia telihat aku sedang berdiri di atas meja setinggi 4 kaki..dia menyergahku supaya turun dan pulang...seminggu kemudian Hannah Kamillia Hamidi selamat di lahirkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment