Thursday, October 1, 2009
Awal seramik
Menerusi sejarah, pada setiap budaya dan peradaban, seni seramik telah menjadi rantaian kepada identiti kebudayaan. Perkataan seramik diambil dari perkata Inggeris iaitu ceramic yang berasal dari perkataan Greek iaitu Keramikos yang merujuk kepada tanah liat dalam semua bentuk. Berterima kasih kepada kualiti material ini, pada kebanyakan muzium di dunia ada menyimpan khazanah peninggalan barangan seramik yang membolehkan kita generasi hari ini dapat menyaksikan bagaimana manusia terdahulu melahirkan dan mengekspresikan ilham seni seramik yang telah merentasi masa dan zaman. Teknik penghasilan seramik tidak pernah berubah sejak berkurun silam, dari zaman pra- sejarah hinggalah ke hari ini. Orang Cina mula menggunakan roda putaran semasa menghasilkan bentukan silinder seramik sejak zaman Neolitik lagi, manakala orang Mesir menjumpai glaze iaitu lapisan kekaca yang menyelaputi jasad seramik yang menahannya daripada poros dan orang Roman pula memperkenalkan dinnerware dan teknik dekorasinya mengguna stamping technique. Sebenarnya tiada kraf yang dapat dibandingkan dengan seni seramik yang penuh ketradisian dan ekspresi serta keupayaan dan potensinya untuk diinovasikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment