Monday, October 19, 2009

'Once upon A Time...'


' Once Upon A Time...' merupakan karya kolaborasi dengan suamiku Hamidi Hadi. Karya ini tercetus daripada pengamatan dan pengalaman ku sendiri yang tinggal di kawasan bekas aktiviti perlombongan di daerah Kinta,Perak. Dengan mengambil sejarah bagi merentasi dua masa antara dahulu dan sekarang yang banyak memberi kesan kepada kehidupan kita hari ini.
Tanah kelahiranku di negeri Pahang yang menghijau dengan sumber hutannya..(kampung ku di Kuala Rompin tak jauh ke entrance Hutan Simpan Endau -Rompin) membuatkan pengalaman tinggal di Seri Iskandar ini terasa kering dan gersang.Lantas  aku berfikir betapa rakusnya sang perompak  si penjajah merompak  kekayaan bumi ini. Apa yang tinggal hanyalah tasik2 buatan bekas lombong yg yang melompang sana sini memetai muka bumi Perak kini yang layak dikubang oleh kerbau-kerbau  dan  itik2 belaan penternak kecilan. Objek topi yang digunakan semasa zaman kolonial dengan warna keemasan dan diletakan di atas peta lama kerajaan Melayu Perak menggambarkan sifat angkuh dan kekuasaan penjajah yang menguasai kerajaan-kerajaan Melayu pada masa itu. Kini walaupun telah  lima dekad penjajah pergi namun kesannya tetap mencalar tanah air ini..